Beruntung sungguh rasanya rakyat Malaysia ni... Dulu warga emas, ibu dan bapa tunggal dapat habuan.. sekarang.. anak-anak muda bujang pulak bakal menerima habuan BR1M.
Tapi apa cerita bagi golongan pertenggahan macam aku nie.... Warga emas pun tidak.. anak muda bujang pun tidak... kaya tidak.. susah pun tidak.. cukup2 makan je... Tiap bulan ada gaji sikit.. dipotong.. masuk dalam Tabung LHDN... Padahal kalau dikira-kira samalah jugak.. tak berapa nak cukup... terpaksa berbelanja berhemah untuk menyampaikan akhir bulan.. kalau tidak anak-anak nak makan apa..?
Kalau duduk kampung tu bolehlah jugak petik pucuk ubi, pucuk paku.. pancing ikan untuk dibuat lauk makan.. tapi bagi mereka yang bergantung sepenuhnya dengan gaji sebulan sekali nie terpaksalah berdikit-dikit dan berhati-hati membelanjakan rezeki yang sedikit.. nak hidup.. terpaksalah beringat..
Berbalik pada projek dan keprihatinan kerajaan Malaysia yang amat pemurah...Derma sana, bantu sini.. hulur sana.. bagi sini... Maklumlah Janji Ditepati.. Rakyat Dihulukan Pencapaian masih menjadi ?. Tapi sekali ni dengarnya penilaian dan tapisan akan dilakukan dengan lebih teliti dan ketat. Takut nanti ada orang yang tak berapa nak layak pun dapat juga habuan BR1M yang diagihkan. BAGUS TU...Tapi persoalannya dari segi apakah penilaian tersebut.. adakah dari dasar parti yang dipangkah atau dari segi pendapatan...? Di sini ada kemuskilan...
Sampai bila agak-agaknya rakyat Malaysia nie dapat habuan manis macam nie... Kalau bagi tiap-tiap bulan kan lagi bagus.. Akupun tak mau pergi kerja lagi.. duduk rumah tunggu brommm orang hantar batuan BR1M. Takut-takut kemanisan nie hanya seketika sahaja.. Hanya sebagai pemanis sebelum pilihanraya saja...
Fikir....fikirkan....
Cari Blog Ini
Rabu, 10 Oktober 2012
Selasa, 9 Oktober 2012
Tak puashati layanan, lelaki pecah cermin kaunter hospital
Seorang lelaki dilaporkan mengamuk dengan memecah cermin kaunter
pendaftaran Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh hari ini kerana
tidak puas hati dengan layanan seorang petugas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan marah apabila petugas kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM150 bagi membiayai rawatan isterinya daripada jumlah keseluruhan RM800.
"Lelaki berkenaan membawa isterinya, seorang warga Indonesia, menjalani rawatan di hospital tersebut dan disebabkan terpaksa menerima rawatan lanjut, dia perlu membayar jumlah kesemuanya RM800", katanya Anuar.
Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas hospital berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, katanya.
Ketika kejadian petugas terbabit melarikan diri bimbang dicederakan.
Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan....?
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan marah apabila petugas kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM150 bagi membiayai rawatan isterinya daripada jumlah keseluruhan RM800.
"Lelaki berkenaan membawa isterinya, seorang warga Indonesia, menjalani rawatan di hospital tersebut dan disebabkan terpaksa menerima rawatan lanjut, dia perlu membayar jumlah kesemuanya RM800", katanya Anuar.
Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas hospital berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, katanya.
Ketika kejadian petugas terbabit melarikan diri bimbang dicederakan.
Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan....?
Selasa, 29 Mei 2012
Masa untuk mengungkit
Hari ini rasa muak, mual dan bermacam rasa yang meloyakan timbul bila menonton siaran berita yg disiarkan oleh TV pro pemerintah yang sungguh baik hati dan prihatin dengan rakyat jajahannya. sesuai dengan slogan yang dilaung-laungkan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"...Setiap hari kita pasti akan dihidangkan iklan mengungkit segala pemberian yang dihulurkan kepada rakyat-rakyat yang lena dengan kegembiraan setelah disogok dengan sedikit wang. Setiap hari iklan ungkitan ini akan diulang-ulang siar dalam slot warta beria atau kini lebih dikenali dengan Buletin sebagai satu alat untuk memperingatkan rakyat jelata yang telah termakan budi mengundi kerajaan sekarang.
Tidak cukup dengan itu... setiap hari dalam slot berita juga pasti ada satu isu baru yang dilaung-laungkan oleh kuncu-kuncu kerajaan (kebanyakannya adalah bekas-bekas musuh kerajaan yang berpaling tadah) menyatakan kononnya ada satu rahsia yang besar hendak dibongkar... persoalannya kenapa takut sangat dengan pihak yang lagi satu tu... kenapa tak berserah saja pada rakyat untuk menilai dan memilih siapa yang mereka fikirkan layak menjadi pemimpin mereka... kenapa perlu takut kalau diri sendiri merasakan tidak ada apa-apa kelemahan dan kekurangan yang dilakukan selama tempoh memerintah. .. Kenapa takut kalau tidak pernah melakukan KESILAPAN? ..Kenapa harus takut kalau tidak pernah MEMBOHONGI rakyat.. Kenapa takut kalau tidak pernah MENIPU RAKYAT?.. Kenapa takut kalau tidak pernah MEMPERBODOHKAN rakyat?... Jangan takut.. pegang pepatah "BERANI KERANA BENAR.... TAKUT KERANA SALAH"
Mungkin disebabkan oleh kerana pernah melakukan perkara-perkara tersebut.. maka dengan itulah timbulnya perasaan sedikit takut dan kelam-kabut.. Maka tak ada jalan lain... rakyat digula-gulakan... umpan rakyat dengan duit.. tak apa berhabis-habisan janji rakyat percaya dan terpengaruh..akulah pemimpin terbaik... akullah pemimpin pemurah yang mementingkan rakyat... bagi... bagi sehabisnya...habis tak apa.. kita cari lagi.. kita pinjam lagi... LHDN, KWSP ada untuk cover... oh.. tolonglah... rakyat dah bagi kamu peluang memerintah.. bagilah mereka peluang untuk menilai khidmat yang kamu berikan... kalau tadak ada rakyat menyokong kamu.. kamu pun tak kan jadi apa-apa...
Fikirkanlah......
Fikirkanlah......
Langgan:
Catatan (Atom)