Cari Blog Ini

Jumaat, 29 Julai 2011

Imigration Oh.. Imigration..

Semalan aku tiba di Imigration Department jam 7 pagi. Mulai dari saat itu akupun berbarislah untuk mendapatkan nombor giliran. Sepertimana yang kita ketaui sekarang ini Kerajaan 1Malaysia sedang menjalankan program pendaftaran BIOMATRIK untuk semua pekerja asing yang sedang bekerja secara sah di negara kita. Yang menyebabkan kami semua rasa tak puas hati adalah sistem yang perkenalkan untuk menghadapi kebanjiran majikan atau wakil majikan yang datang berduyun-duyun untuk mendaftarkan pekerja asing syarikat mereka. Kami terpaksa beratur daripada seawal jam 5 pagi hingga lewat petang untuk mendapatkan satu nombor giliran sahaja. Apa yang kami dapat dari kesabaran menunggu.. Kami dilayan seperti pekerja asing. Ada diantara kami menerima layanan sangat buruk. Dimaki hamun macam kami pendatang tanpa izin pulak. Masalahnya kenapa nak buat satu-satu program tanpa memikirkan secara mendalam dan teliti. Siapkan dulu langkah-langkah dan peralatan yang secukupnya baru lah buat. Tujuan boleh dikatakan baik jugak, tapi ....???.

Kaji dulu dari semua aspek, apa akan jadi kalau semua majikan diberikan masa 2 minggu untuk  mendaftarkan 1.8juta pekerja asing sah? Adakah Imigration sendiri cukup  bersedia , cukup pegawai dan peralatan. Cukupkah taklimat yang disampaikan kepada pegawai-pegawai tentang apa perlu dibuat sekiranya berhadapan dengan situasi di luar jangkaan? Cukupkah latihan diberikan kepada pegawai-pegawai? Cukupkah  bekalan mental dan izikal pegawai-pegawai ..? Banyak soalan perlu dikaji, faktor masa, tenaga  dan peralatan. Kata sanggup kerja 24 jam untuk menhabiskan 1.8 juta orang PA dalam masa 2 minggu. Tapi mana cakap-cakap yang dinyatakan tanpa berfikir panjang dulu. Mana 24 jamnya. Kalau kami majikanpun sanggup untuk turun padang 24 jam, kenapa pegawai-pegawai dan pihak kerajaan tidak sanggup?.

Berbalik pada cerita semalam, dari awal pagi saya dah beratur yang tak tahu hujung pangkalnya. Semua bercampur. Majkan dan pekerja berbaris dalam satu line. Tidak ada seorangpun pegawai yang datang untuk memberitahu kami di mana dan bagaimana kami harus beratur. Ada diantara kami yang tersilap barisan beratur, kerana di sana kami disediakan 2 barisan iaitu barisan express (di bawah 10 orag PA) dan barisan melebihi 11 orang pekerja. Di mana letaknya arahan-arahan untuk dijadikan panduan kepada kami... Semua tiada diterangkan. Yang paling menyakitkan hati bila ada mahluk-mahluk yang tak reti budi bahasa dan tak ada perasaan bersalah dan perikemanusiaan tiba-tiba datang dengan muka selengga masuk ditenggah-tenggah barisan. Tak peduli orang komplen, dengan muka sepuluh sennya selamba berbaris dihadapan kami yang dah datang awal.. Macam ni punya orang pun ada lagi di 1Malaysia nie ye... Tak ada hati perut, tak ada kemaluan kot.. yang peliknya orang tu perempuan. Macam ayu sangat rasanya kot...

Oklah dari jam 7am kami mula beratur, sehingga jam 9pm  tiada seorangpun pegawai yang kelihatan untuk memulakan tugas. Dengan penuh tanda tanya dan persoalan dibenak kami.. tiada seorang pun pegawai memaklumkan kepada kami kenapa dan bila nak dimulakan. Akhirnya kuanter dibuka jam lebih-kurang 9:30am. Tunggu punya tunggu, akhirnya kami dapat nombor giliran pada jam 6ptg. Bayangkan macamana rasanya berdiri ledih dari 9 jam. Tak rasa patah pinggang?. Cuba mereka yang berdiri ditempat kami.. apa dia rasa? ini tidak bila semua orang dah mula rasa panas dek bahang menunggu dan sememangnya panas berjemur ditanggah panas (atas bumbung PKNS), adalah pulak pegawai yang terlatih ni memaki hamun kami-kami dengan kata-kata yang sungguh manis didengar sehingga kalau ada anak-anak berada disana pasti mereka sendiri merasa malu. Beginikah sikap seorang pegawai kerajaan yang dididik dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?. Biadab dan kurang ajar? Nak salahkan siapa?... Ke mana hilangnya Adab orang melayu yang terkenal dengan budi bahasa adab kesopanan. Sungguh memalukan orang melayu yang lain.

Diharap kerajaan dapat mengkaji dan memikirkan sedalam-dalamnya apa-apa kelebihan dan kekurangan dipihak kerajaan sebelum satu -satu tindakan dilaksanakan. Kerajaan juga harus berlaku adil kepada semua rakyat agar perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku tidak terjadi kepada semua rakyat sepertimana yang telah berlaku ke atas majikan-majikan prihatin dalam memberi kerjasama ke atas dasar kerajaan.

** Gambar yang disertakan tidak mengambarkan keadaan sebenar semalam. Gambar tersebut diambil pada hari pertama saya mendaftarkan FW pada minggu lepas.




Sabtu, 9 Julai 2011

NAK SALAHKAN SIAPA?????

Hai dah lama bebenor aku tak singgah kat blog nie untuk mengeskannya. Kesian.. dah hampir berhabuk dah, tak pernah dikemaskinikan... Tapi hari ini aku terpanggil untuk singgah dan memberi sedikit komen tentang keadaan semasa Malaysia Hari Ini....

Tadi jam 11 pagi aku keluar pergi sekolah anak aku untuk menjemput mereka dari kelas tambahan. Ingatkan macam biasalah.. aku keluar kurang sepuluh minit pukul sebelas. Jangkaan aku akan sampai tepat jam 11 pagi. Sebab sekolah anak aku tu taklah berapa jauh dari rumah aku nie. Itupun kena buat U-Turn hampir satu round baru sampai kat sekolah. Tapi.... nak dijadikan cerita... hari ni adalah 9hb JULY 2011. Semua orang sedia maklum, yang hari ini ada satu peristiwa bersejarah sedang berlangsung nun jauh di ibu kota Kuala Lumpur. Perhimpunan mereka yang menuntut keBERSIHan dala sistem pilihanraya negara kita...

Apa yang menghangginkan aku satu badan.. hari ini untuk sampai ke sekolah yang jaraknya tak sampai 10km, aku kena mengambil masa hampir-hampir satu jam sangkut dalam kereta. Apalah bahananya.. Nak salahkan siapa sekarang? Salahkan orang yang berhimpun nun jauh di KL atau nak salahkan jalan sempit sangat atau nak salahkan ???...?? Rasanya tak perlu aku bagi tahu jawapannya.. Sendiri sudah tentu ada jawapannya kan...

Apalah yang ditakutkan sangat tu.. teringat aku pada satu papatah melayu "BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH".. Jadi apa nak ditakutkan pada mereka yang nak berkumpul beramai2 tu.. Biarkanlah mereka berkumpul, awak nak takut apa kalau awak rasa awak tak melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan. Apa yang awak risaukan... Kan awak dah bagi cadangan buatlah dengan aman, datang dengan aman, berhimpun dengan aman dan balik dengan aman.. Jadi kenapa pulak kerahkan orang lain untuk menyekat mereka sehingga menyusahkan orang lain yang tidak terlibat.

Orang belum berhimpunpun lagi, tuindakan dah diambil. Pindahkan station bas ketempat lain. Tutup jalan sana sini. Tangkap orang pakai baju kuning.. nak takut apa dengan baju kuning nie. Sapa mereka sehingga takut sangat dengan mereka? Apa tujuan semua tu.. bukankah hanya untuk membuatkan orang ramai menjadi susah sekaligus merasa marah dan menyalahkan mereka yang telah merancang untuk mengadakan perhimpunan tersebut?.. Tetapi adakah betul orang akan menyalahkan kumpulan mereka yang menuntut kebersihan itu... Agak-agaknya orang ramai akan salahkan siapa??? Saya percaya bagi orang yang berfikiran matang dan waras, mereka tahu siapa yang betul siapa yang banggang.....

Lagi satu yang aku sangat-sangat pelik, kenapa bila kumpulan kuning nak berkumpul.. orang-orang sebelah sana tu pulak sebok jugak nak berkumpul. Orang nak ke stadium, merekapun sebuk jugak nak ke stadium, Apakah jadahnya nie?. Begitulah kalau pemimpin sudah ketandusan idea, Hanya tunggu orang memulakan idea baru nak ikut... Saya yakin dan percaya kalau mereka nie tak diganggu dan diprobokasi tentu kejadian tidak diinggini tidak akan berlaku.. Sekarang kita boleh melihat dan menilai sendiri siapa sebenarnya yang BODOH???.

Oleh itu saya harap semua kita dapat berfikir dengan akal yang benar-benar waras untuk membuat keputusan masa hadapan kita. Sekali lagi saya nak ingatkan rkan-rakan semua bahawa MASA HADAPAN KITA, DITANGAN KITA. Gunakan tangan kita untuk membentuk dan mencorak masa hadapan kita dan generasi kita.