Cari Blog Ini

Selasa, 19 April 2011

HAPPY BIRTHDAY

Hari nie, diam tak diam rupanya dah pun 19 April 2011. Hampir terlupa pulak aku yang hari ini adalah hari kelahiran orang yang paling rapat dengan aku. orang paling aku sayang..Orang yang sanggup berkongsi segala-galanyalah... Orang yang sanggup hidup susah senang bersama dengan aku. Orang yang banyak berkorban untuk aku...Dialah intan dialah payung,, dialah batu  dialah permata... pendek kata dialah segala-galanya. 

Cadang nak belikan kereta tapi stok dah habis. 


Dialah juga orang yang memberi aku peluang untuk menerima gelaran sebagai seorang bapa.. Kerana dia aku dipanggil Ayah oleh anak-anak ku. kerana dia, aku membesar dari 50kg, sekarang sudah hampir 75kg.  Dialah yang menjaga makan minum aku. Dialah orang yang  merawat ketika sakit aku dan anak-anak. 


Dia ibu kepada anak-anak aku Muhammad Idzmeeir Danial, Muhammad Irfan Izzuddin & Khaira Qistina. dialah orang yang melahirkan dan membesarkan anak-anak aku. Dia SITI SANORA HAJI SALLEH..



SELAMAT HARI LAHIR BUAT MANJA (UMI), SEMOGA PANJANG UMUR , DIMURAHKAN REZEKI SERTA DILIMPAHI RAHMAT ILLAHI... Daripada Ayah, Abang, Adik & Khaira. 

"Kami Sayang Umi"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan