Cari Blog Ini

Isnin, 4 April 2011

BILA EGO MENGUASAI DIRI.....



Para Ibubapa menunggu anak keluar dari sekolah.
Hari ini aku nak menulis apa yang terjadi disekeliling kita... Aku sebenrnya dah lama perhatikan tingkahlaku segelintir ibu-bapa yang tinggal di kawasan sedikit pekanlah.. Aku pasti perkara ini terjadi di mana saja... tapi yang teruknya adalah di kawasan yang agak kebandaran dan betul-betul bandar. Mejoritynya bawa kereta waktu hantar anak ke sekolah. Kawasan yang agak kekampungan tu aku percaya masih lagi tak seteruk apa yang dialami olah kita yang duduk di kawasan ala-ala bandar nie.. Tapi perangai orang ni aku rasa di manapun ada....

Ceritanya begini.. setiap hari bila aku menghantar anak ke sekolah kebangsaan sebelah pagi.. dan ambil anak sebelah petang (pastinya serentak dengan ibu bapa lain juga menghantar anak ke sekolah pada waktu yang sama). Tapi yang peliknya aku perhatikan kenapalah kebanyakan ibu-bapa nie tak prihatin langsung dengan keadaan dan orang sekeliling. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Kebanyakkan mereka tidak peduli pada kesulitan orang lain. Yang penting mereka selesa dan rasa bangga dengan perbuatan mereka tu, Mereka rasa cuma mereka yang mempunyai kereta pada waktu itu... Macam dia saja yang ada anak dan kereta di dunia ni. Boleh parking sesuka hati.. kalau boleh sampai masuk dalam darjah nak-anak. Mereka tidak peduli kesulitan orang lain, yang penting hajat mereka tercapai... Ego mereka terlalu tebal...cetek sangat fikiran... maklumlah kebanyakan mereka orang bergaji besar. Ada kereta besar (Maklumlah malaysia kan Ada kereta KENC..) setaraf dengan Merz tuuu.... Jadi apa mereka buat semuanya betul. inilah budaya orang kita yang rasa dirinya orang bandar... orang eduketed... tapi....?


Perhatikan kereta biru dihadapan sana.

Siapa yang tak sayang anak... semua orang sayang nak.. tapi sayang biarlah bertempat dan ingatlah orang lain pun sayang anak juga.. jadi macamana kalau semua orang buat perkara yang sama... kan susah jadinya.. Bagilah laluan pada orang lain.. Janganlah sampai menyusahkan orang lain untuk keselesaan dan kesenangan diri sendiri.  Kekadang aku tenggok sampai guru-gurupun susah nak masuk ke sekolah, sebab ibu-bapa dah blok laluan utama masuk sekolah..Tak salah kalau berjalan sedikit... sambil-sambil hantar anak masuk tu..pimpinlah tangan anak kesayangan tu dan sambil-sambil tu ucapkanlah nasihat-nasihat yang berguna... kan ke lebih bagus begitu daripada hantar anak sampai ke kelas naik kereta atau motor...hapah pun tarak, yang ada cuma menyusahkan orang je...

Sebagai orang tua yang lebih bijak berfikir dari anak-anak.. tunjukkanlah contoh dan teladan yang baik pada anak-anak. Anak-anak nie akan tiru apa yang kita buat... "kalau ayah boleh buat kenapa aku takk boleh buat..." Dan kalau anak sudah jadi kurang ajar... jangan salahkan pulak guru yang mengajar di sekolah..... Koreksilah diri sendiri sebelum menuding jari ke arah orang lain....kerana satu jari menunjuk orang lain 4 jari lagi menunjuk diri sendiri..

Masa taklimat oleh guru pada masyuarat PIBG atau perjumpaan ibubapa dan guru.. ramai ibubapa yang tak datang mendengar.. kononnya sebok... Tapi kalau tak datang dan mahu ambil tahu tak apa.. ni dahlah tak datang masa dijemput.. tanya kawan ambil tahu apa yang dibincang disekolah pun tak jugak.. so... sapa nak jawab.. Kalau dah B..oh dan tak mau tanya akan terus jadi B..oh lah jawabnya....Cubalah prihatin sikit pada orang lain... Tak ada apa yang kita dapat dengan keegoan kita tu...dan tak salah kalau merendah diri atau megurangkan sedikit keegoan tu... Tak ada ruginya pun....

Sama-samalah kita renungkan.. dan selamat beramal.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan