Cari Blog Ini

Khamis, 14 April 2011

Tandok...

Hari ni aku nak berkongsi cerita dan kelucuan yang berlaku baru-baru ini. Pada minggu lepas aku dan keluarga balik kampung untuk menghadiri majlis tahlil aruwah ibunda kami iaitu Almarhumah Hamsah Bt Saman (semoga roh ibu kami dicucuri rahmat olehNya..Amenn..). Alhamdulillah semua adik-beradik pulang sama walaupun ada yang terpaksa balik semula ke rumah masing-masing pada malan itu juga. Ini termasuklah juga dengan saya sendiri, yang mana sayapun tidak tidur di rumah warisan tersebut. Pada malam tersebut saya tidur di rumah ibu mertua yang terletak tidak berapa jauh dari kampung kami. Maklumlah ibu mertua aku ikut sama tumpang aku dari Kuala Lumpur nak balik ke rumah beliau di Sg. Ayer Tawar. Jadi aku pun bawalah sekali dia dan singgah di rumah kami sehingga majlis tahlil selesai.

Walaubagaimanapun, pada keesokkan harinya aku singgah semula ke rumah ibuku untuk mengambil abang yang kebetulan menumpang aku semasa balik kampung semalam. Dalam pada itu kami juga dikejutkan dengan satu berita sedih iaitu berita kematian salah seorang saudara aruwah ayahanda kami iaitu Hajjah Mariah bt Salleh atau lebih dikenali dikalangan kami dengan panggilan "Acik Aloh" (itulah gelaran orang banjar) kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di parit 3 salah....Itu pun macam-macam berita yang kami dengar.. ada yang cakap meninggal ditempat kejadianlah..ada yang cakap tak jadi meniggallah.. Tapi hakikatnya beliau meninggal jam lebih kurang 1 petang. Semoga roh beliau juga dicucuri rahmat olehNya.. Ameen....

Biasalah kalau kami sekeluarga dah terkumpul.. macam-macam cerita, macam-macam lawak akan keluar. Satu daripadanya yang aku tak boleh nak tahan ceritanya begini...Ada seorang opah meminta tolong pada cucunya untuk mengalihkan pasu bunga dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mungkin orang tua nie rasa nak pengubahsuaian sedikitlah kot. Jadi diapun panggillah cucu-cucunya minta tolong angkatkan pasu bunga tersebut...

Opah: "Dawi tolong angkatkan pasu dekat tangga depan tu alih ke sini.." minta opah pada cucunya
Cucu : "Baik opah"... lalu pergi ke tempat pasu tersebut dan cuba mengangkatnya bersama dengan adiknya
Setelah didekati cucu-cucu tadi melihat pasu itu agak besar dan tentunyalah berat... cuba punya cuba untuk mengangkat tak jugak boleh. Maklumlah kudrat budak-budak umur 9..10 tahun manalah larat nak angkat... Lalu cucupun berteriaklah...

Cucu : "Tak boleh opah.. berat"...
Opah: "Angkatlah berdua".. Cucupun cuba lagi sebab takut nanti opah marah, maklumlah opah ni pun garang jugak orangnya..
Cucu: "Opah... tak boleh.. berat sangat..." teriak cucu lagi
Opah: "Tandok!!!" kedua-dua cucunya tercenggang antara satu sama lain..
Cucu: "Tak boleh opah...." cucu teriak lagi
Opah: "Ditandokkkkk!!!" opah menjerit

Cucupun apa lagi..dah dengar opah menjerit, tanduklah (menanduk seperti lagak lembu menanduk tuuuu) pasutu sampai lebam-lebam kepala. Dan bagi tahu opahnya, mereka masih lagi tak boleh alihkan pasutu walaupun dengan cara menanduknya....

Opah : "Bukit cucuk.."

Sebenarnya perkataan TANDOK tu adalah perkataan bahasa banjar yanng bermaksud angkat berdua seperti menjingjingnya (kalau benda kecil), ungsungatau tandu (bagi benda besar).

Pengajaran cerita di atas :
Si opah tak fasih berbahasa Melayu, si cucu tak berapa fasih bahasa banjar. Maka timbullah masalah miss communication antara dua zaman / genarasi. Ajarlah anak-anak berbahasa dengan cara yang betul dan benar-benar mudah difaham...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan