Cari Blog Ini

Rabu, 30 Mac 2011

Hari-hari lucah

Salam sabarataan...
Aku terpanggil untuk menulis tentang apa yang kita hadapi setiap hari. Semenjak kebelakangan ini, hampir setiap hari (malahan pasti) hari-hari kita dihidangkan dengan berita-berita lucah 18sx di dada-dada akhbar arus perdana. Kekadang aku sendiri rasa mual dan muak untuk membaca apa yang ditulis oleh wartawan-wartawan tersebut. Sebagai seorang "orang normal" aku rasa malu untuk membaca artikal yang dihidangkan pada kita. Rasa malu pada diri sendiri dan malu pada anak-anak....

Sudah-sudahlah tu...wahai orang-orang yang berkenaan. Hentikanlah segala carutan-carutan yang sukar diterima oleh akal yang waras. Cuba kita buat perkara-perkara yang lebih berfaedah. Tak payahlah bercakaran, fitnah memitnah antara sesama kita. Tak baik benor dilihat orang... macam kita nie (Melayu) tak ada kerja lain selain dari bercakaran dan caci-mencaci saja..Manusia sanggup melakukan apa saja demi untuk merebut kuasa sementara didunia...Ingat..berkuasa di dunia, di akhirat nanti anda akan ditanya olehNYA...

Aku yakin semua orang ada pandangan dan pendapatnya sendiri. Semua orang ada kebolehan menilai dan mentafsir, mana yang baik, mana yang buruk. Tak payahlah nak mereka-reka cerita donggeng yang sungguh menjijik untuk mengaibkan orang lain. Kerana keaiban tersebut bukan hanya ditanggung oleh orang yang difitnah itu saja, tapi satu keluarga akan merasa aib dan malu angkara dari perbuatan mereka itu.. Kalau iapun mereka susah hendak menghormati orang lain, sekurang-kurangnya hormatilah penciptanya iaitu ALLAH SWT. Allah juga murka kepada hambanya yang selalu membuat cerita dan fitnah. Seperti firmannya membuat fitnah itu adalah lebih dasyat dosanya daripada membunuh... Cuba bayangkan ...

Aku yakin orang zaman sekarang semakin pintar dan bijak. Tak perlulah disuapkan dengan cerita karut yang senghaja dikera cipta untuk memburukan imej seseorang. Mereka boleh menilai dari segi persepsi mereka sendiri. Semakin banyak fitnah atau cerita buruk ditabur, semakin benci dan meluat dan semakin kuat sokongan mereka pada orang yang difitnah. Ingat doa orang yang teraniaya itu senang diterima oleh Allah. Bagi pereka cerita nie pulak cuba bayangkan macamana kalau keadaan fitnah ini berlaku pada anda dan kelurga anda? Siapa yang malu ?  Apa rasanya ????...Anda sanggup...?

Bagi orang yang kuat membuat dan mereka cerita yang tak masuk akal tu, hentikanlah... Kenapa perlu takut... kalau anda semua sudah menjalankan kerja dan kewajipan yang diamahkan dengan betul, kenapa anda harus takut berhadapan dengan mereka. Kalau anda memang sudah menunaikan tanggung-jawab sebagai seorang wakil yang betul-betul membela nasib rakyat... kenapa perlu takut? Orang di luar sana tahu siapa yang akan mereka pilih untuk mewakili mereka..Baik budi bahasa, baik sifat dan peranga maka baiklah penerimaan orang...

Baru-baru nie aku ada menjengguk ke tempat ceramah politik yang diadakan berhampiran tempat tinggal aku... Aku rasa agak malu bila ada orang berketurunan cina boleh faham apa itu fitnah yang disebarkan kepada kita hari-hari. Malahan dia boleh menjelaskan dengan hujah beserta hadis yang mengatakan perbuatan memfitnah itu adalah satu perbuatan yang kotor dan keji. Dia juga ada berkata kenapa sesama melayu sendiri tidak boleh bekerjasama malahan sanggup membunuh dengan mengaibkan orang lain demi untuk berkuasa sementara hidup di dunia....Malulah wahai sang pem.....

Aku yakin pasti satu hari nanti kebenaran akan berpihak kepada mereka yang dianinyanya. Aku juga yakin satu hari nanti mereka yang suka membuat fitnah akan menerima balasan dari Allah SWT... InsyaAllah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan