Cari Blog Ini

Khamis, 28 Februari 2013

Laporan dakwa Pakatan tawar tol percuma untuk ahli parti

Satu laporan agensi berita nasional Bernama hari ini mendakwa Pakatan Rakyat menawarkan bayaran tol percuma kepada pemegang kad keahlian parti DAP, PKR dan PAS.

Laporan berhubung kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa, manifesto berkenaan menyatakan tawaran bahawa kad keahlian tersebut boleh digunakan di kesemua plaza tol.

“Pada 25 Februari lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keahlian DAP, PKR dan PAS boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun,” laporan itu dipetik.

Malaysiakini turut menyiarkan laporan berkenaan pagi ini.

K'jaan mahu kurangkan duti kereta Jepun, Australia

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan mengumumkan pengurangan duti untuk kereta yang diimport dari Jepun dan Australia.

NONELaporan The Star Online menyebut, pengurangan duti untuk model dari negara berkenaan akan dibuat dalam tempoh tiga tahun.

Beliau juga berkata, butiran lanjut mengenai perkara itu akan didedahkan esok.

Pengumuman tersebut dipercayai bagi menandingi tawaran Pakatan Rakyat dalam manifesto barunya – untuk menurunkan cukai eksais kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

Pakatan dalam manifesto yang diumumkan Isnin lalu juga menawarkan untuk meliberalisasi industri automotif.

Gara-gara Dihentam Peminat dan Penyokong PR, Salih Yaacob Umum Bersara daripada Industri Hiburan


Bahana menyindir Pakatan Rakyat secara melulu dan tanpa membuat penyelidikan.

Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran sketsa pendek berjudul Buku Jingga di laman YouTube. Sketsa tersebut merupakan satu daripada video yang diterbitkan dalam siri Bangkang dari Longkang.

Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

 Laporan dan video yang memaparkan sketsa Buku Jingga itu boleh ditonton di sini.
Siri Bangkang dari Longkang turut membarisi pelawak Afdlin Shauki, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.
Setakat ini hanya Nabil dan Salih Yaacob yang menerima tempias kerana terbabit dalam siri Bangkang dari Longkang. Bagaimana pula respons masyarakat terhadap pelawak lain yang turut mempersenda PR dalam pelbagai isu? Tonton video-video tersebut di Youtube dan nilailah fitnah dan sindiran yang dilakonkan oleh mereka

Rabu, 27 Februari 2013

Ibu bunuh anak lelaki kerana malu zakarnya mengecil

"Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja," begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur semalam.
  
Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah semalam, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa.
  
Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta.
  
Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.

Seorang jurucakap polis dipetik oleh portal berita kompas.com sebagai berkata bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung halaman di Grobogan, Jawa Tengah Disember lalu.
  
Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat.
  
Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan zakar anaknya itu, kata jurucakap itu.
  
Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan.
  
- Bernama

Rabu, 20 Februari 2013

MB menghadap Sultan Selangor, bubar Dun hari ini

PRU13 Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negero (Dun) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu.

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran Dun Selangor.

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
“Memang setiap Rabu, Menteri  Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala ‘ribut spekulasi’ yang melanda Selangor belakangan ini.

“Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama.

“Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok,” katanya.

Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut.

“Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini),” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran Dun akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Khamis, 14 Februari 2013

Deepak hantar surat pada AG hari ini mohon imuniti

Saudagar permaidani Deepak Jaikishan memohon imuniti daripada sebarang dakwaan undang-undang sebagai galang ganti untuk mendedahkan "lebih banyak maklumat berkaitan salah guna kuasa dan rasuah perdana menteri".

Permohonan itu dibuat Deepak dalam satu surat rasmi yang diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di Putrajaya sekitar jam 12 tengahari tadi.

Dalam surat tersebut, Deepak menyatakan kesediaannya untuk menyalurkan maklumat lanjut berkenaan salah guna kuasa pemimpin tinggi negara itu kepada mana-mana pihak berkuasa .

"Saya bersedia bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasa untuk memberikan maklumat lanjut mengenai penglibatan perdana menteri di dalam penyalahgunaan kuasa yang melibatkan keluarga beliau dengan syarat saya diberikan perlindungan daripada sebarang dakwaan jenayah dan diberikan 'certificate of immunity'," kata Deepak dalam surat itu.
Bercakap kepada Malaysiakini, Deepak berkata surat itu diterima seorang wakil kepada  Tan Sri Mohd Gani Patail yang hanya dikenali sebagai Haji Nasaruddin.

Menurutnya, beliau memberikan masa sehingga 11 Mac depan - yang merupakan tarikh hari jadinya - untuk Peguam Negara memberi maklum balas kepada permohonan beliau itu.

Beliau turut ditemani Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sewaktu menyerahkan surat itu.

Deepak sebelum ini mendakwa menjadi orang tengah dalam akuan bersumpah kedua penyiasat P Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya.

Beliau turut membuat beberapa lagi dakwaan salahlaku terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Najib telah menafikan semua dakwaan Deepak dan menyifatkannya sebagai tiada asas dan tidak boleh dipercayai.

Sabtu, 9 Februari 2013

Musa Hassan Telah Berjumpa Anwar: Untuk Apa?

Ada maklumat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Ketua Umum PKR itu.

Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa dulu.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan Musa telah menemui petunjuk baru dan ada juga yang menghitungkan penarikan balik saman itu kerana ada undang di sebalik batu.

Musa cuba telah menjelaskan ia adalah atas kerelaan dan bukan bermotif politik. Tetapi para pemerhati dan penganalisa berpolitik tetap beranggapan kerelaaan Musa untuk berbaik dengan Anwar itu tetap ada motifnya. Justeru Anwar diharap agar berwaspada dan tidak mudah tidur dalam perut Musa.

Berhubung pertemuan Musa dengan Anwar itu, saya difahamkan Musa dikatakan telah berbincang sesuatu yang agak menarik dengan Anwar dan dalam pertemuan itu Musa juga telah membuat pengakuan berhubung kes liwat yang didakwa ke atas Anwar sebagai satu daripada strategi politik.

Khabarnya, Anwar telah meminta Musa membuat kenyataan akhbar tentang pengakuan itu tetapi Musa enggan. Kenapa enggan?  Sekiranya Musa ikhlas untuk berbaik dengan Anwar dan insaf atas apa-apa kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar sebelum ini Musa tidak perlu malu-malu untuk membuat penjelasan kepada umum.

Disebabkan pertemuan dan perbincangan itu sudah berlaku, sudah pasti Anwar ada 'rancangan' ke atas pertemuan itu dan suatu hari beliau akan jelaskan juga melainkan keduanya ada persefahaman (kontrek) untuk tidak saling menjelaskan isi pertemuan itu.

Dalam perkembangan lain satu maklumat dari seorang bergelar Datuk yang ada pertalian dengan seorang Menteri Besar menyebut, ada usaha dipihak Umno untuk mempertemukan Anwar dengan Mahathir Mohamad. Pertemuan itu akan berlaku di luar negara. Apakah sikap 'tasamuh' yang ditunjukkan Musa anak Hassan itu ada kena menegan dengan rancangan ini?

Nota: sekali lagi diingatkan kepada Anwar agar jangan leka dan terlalu mempercayai kepada sesiapa yang pernah beliau anggap musuh dan menyusahkan hidupnya sebelum ini.

Musa Hassan Telah Berjumpa Anwar: Untuk Apa?

Ada maklumat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Ketua Umum PKR itu.

Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa dulu.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan Musa telah menemui petunjuk baru dan ada juga yang menghitungkan penarikan balik saman itu kerana ada undang di sebalik batu.

Musa cuba telah menjelaskan ia adalah atas kerelaan dan bukan bermotif politik. Tetapi para pemerhati dan penganalisa berpolitik tetap beranggapan kerelaaan Musa untuk berbaik dengan Anwar itu tetap ada motifnya. Justeru Anwar diharap agar berwaspada dan tidak mudah tidur dalam perut Musa.

Berhubung pertemuan Musa dengan Anwar itu, saya difahamkan Musa dikatakan telah berbincang sesuatu yang agak menarik dengan Anwar dan dalam pertemuan itu Musa juga telah membuat pengakuan berhubung kes liwat yang didakwa ke atas Anwar sebagai satu daripada strategi politik.

Khabarnya, Anwar telah meminta Musa membuat kenyataan akhbar tentang pengakuan itu tetapi Musa enggan. Kenapa enggan?  Sekiranya Musa ikhlas untuk berbaik dengan Anwar dan insaf atas apa-apa kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar sebelum ini Musa tidak perlu malu-malu untuk membuat penjelasan kepada umum.

Disebabkan pertemuan dan perbincangan itu sudah berlaku, sudah pasti Anwar ada 'rancangan' ke atas pertemuan itu dan suatu hari beliau akan jelaskan juga melainkan keduanya ada persefahaman (kontrek) untuk tidak saling menjelaskan isi pertemuan itu.

Dalam perkembangan lain satu maklumat dari seorang bergelar Datuk yang ada pertalian dengan seorang Menteri Besar menyebut, ada usaha dipihak Umno untuk mempertemukan Anwar dengan Mahathir Mohamad. Pertemuan itu akan berlaku di luar negara. Apakah sikap 'tasamuh' yang ditunjukkan Musa anak Hassan itu ada kena menegan dengan rancangan ini?

Nota: sekali lagi diingatkan kepada Anwar agar jangan leka dan terlalu mempercayai kepada sesiapa yang pernah beliau anggap musuh dan menyusahkan hidupnya sebelum ini.

PERISTIWA di Scott Rd , Singapura. 3am.



"KALAU KAU MASUK JOHOR MAMPUS KAU NANTI" Inilah kata kata seorang Anak Raja Johor terhadap seorang Pegawai Polis berbangsa Melayu Singapura yang ditahan keretanya pada jam 3am kerana disyaki mamandu di dalam keadaan mabuk dan telah melanggar beberapa lampu Isyarat di Singapura.

Setelah diekori dan diberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan dipandu seorang Anak Raja Johor, setelah agak lama barulah kereta Ferrari JA*1 berwarna Hitam itu berhenti. Anak Raja itu menjerit-jerit kemarahan dari dalam kenderaannya dan meminta Pegawai Polis itu menghampiri pintu keretanya segera, " Kau Polis Bodoh, mari sini aku nak tampar muka kau, kau tak kenal aku siapa"..... itulah antara ayat ayat yang terpancul dimulutnya.

Pegawai Polis Singapura, berpangkat Inspektor itu dengan tegas mengatakan dengan berani (Kalau di Msia tak tahu sama ada Polis Msia berani atau tidak) "Awak dah langgar lampu Isyarat dan kalau awak sentuh saya , saya akan TANGKAP awak, Ini Singapura ada Perlembagaan dan Undang-Undang"

Tidak lama kemudian berhenti Pajero dan kereta Pengiring Anak Raja tersebut, kira-kira 9 orang mengeliling Pegawai Polis Singapura itu dan seorang  darinya menperkenalkan dirinya sebagai seorang Pegawai Polis dari Msia berpangkat Inspektor , namanya Inspektor Shah, pada masa itu makian dan jeritan Anak RAja itu tidak henti-henti dari keretanya.

Bagi menyelamatkan keadaan Insp Shah telah merayu bersungguh-sungguh agar Anak Raja itu dilepaskan dari sebarang tindakan dan menerangkan dan "berbohong sunat" bahawa Tunku itu orang baik cuma hari itu sahaja dia minum arak dan mabuk serta meminta "Professional Courtesy" dari Insp Singapura itu.

Mendengar perakuan bahawa Anak Raja itu sedang memandu dengan keadaan MABUK dari Insp Shah, Pegawai Polis Singapura itu berkata dia boleh bertolak ansur dengan syarat Anak Raja itu TIDAK MEMANDU Ferrari itu dan duduk sebagai penumpang sahaja, jika tidak dia akan menahannya.

Insp Shah merayu-rayu bahawa Polis Malaysia sanggup mengiring dengan "Selamat" dan meminta Anak Raja itu dibenarkan terus memandu Ferrarinya itu.Insp Shah menyatakan kesukarannya kerana Anak Raja Johor itu sangat keras kepala dan susah menerima nasihat Polis Msia.

Pegawai Polis Singapura itu sempat menegur Polis Msia supaya lebih tegas dan tidak sepatutnya membenarkan Anak Raja itu memandu kerana Insp Shah telah mengetahui Anak Raja itu telah minum Arak sebelum itu.

Insp Shah hanya mampu tunduk MALU kerana tidak tahu apakah cara hendak "Mengawal" Anak Raja YANG BONGKAK ITU.

NAMUN, ketegasan Pegawai Polis Singapura tanpa mengira "Pangkat" TELAH memberi "kata dua" kepada Insp Shah agar tukar pemandu serta merta atau Anak Raja itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis.

Dalam keadaan MARAH KE MURKA KERANA MERASA TERHINA kerana tidak dibenarkan memandu Ferrarinya , Anak Raja itu memberi AMARAN DAN UGUTAN "KAU MASUK JOHOR KAU MAMPUS , AKU TAHU NAMA KAU DAN AKU INGAT SAMPAI MATI"

Inilah lakunan "BERJIWA RAKYAT" yang tidak diketahui umum. PERKATAAN'BERJIWA RAKYAT" SEPATUTNYA DITUKAR KEPADA "PENIPU RAKYAT". Lakunan di depan Rakyat kononnya "prihatin dan berjiwa rakyat" HANYA SATU PENIPUAN SAHAJA. 
BAPANYA ADALAH KETUA AGAMA ISLAM TETAPI ANAKNYA ENTAH JADI APA? SUMBER SUMBER
 — with انا انتام مانا سوكا and 3 others at CNN Building, Dubai Media City.

Khamis, 7 Februari 2013

Pas pilihan di Sijangkang

SELEPAS hampir sepenggal menawan kerusi Dun Sijangkang daripada Barisan Nasional, Pas cukup yakin mampu mempertahankan kembali kedudukannya di kawasan tersebut.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, calon Pas masih di hati penduduk dan tidak mustahil mereka akan tetap memilih pemimpin dari parti yang sama untuk terus berada di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurut beliau, tidak kira sama ada dirinya dicalonkan semula atau tidak, pengundi di Sijangkang dilihat cukup selesa berada di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat dan calon Pas tetap menjadi pilihan hati mereka.

“ Bagi saya, biarlah pucuk pimpinan Pas dan PR membuat pemilihan calon dan jika ditakdirkan tidak menjadi calon di sini dalam PRU13 nanti, saya tidak kisah asalkan wakil PR terus mentadbir rakyat di sini seperti kemenangan yang dikecapi lima tahun lalu," katanya.

Dr Ahmad Yunus berpendapat, jika Pas dan PR mahu terus mengekalkan kemenangan itu, mereka perlu mendekati pengundi atas pagar kerana undi golongan tersebut memberi impak cukup besar pada PRU13 nanti.

“Kita kena akui bahawa undi golongan atas pagar adalah penentu kepada kemenangan, jadi kami perlu terus mendekat kelompok ini dalam memastikan terus kekal di Sijangkang.

"Selain memberi tumpuan kepada soal kebajikan rakyat, masa depan anak-anak bersekolah dan belia merupakan fokus utama yang diberikan bagi menentukan hala tuju golongan ini," katanya.

Kata beliau, dalam tempoh lima tahun ini, pelbagai masalah masyarakat berjaya diselesaikan oleh pihaknya, manakala perancangan masa depan telah dibuat kerana kawasan Sijangkang merupakan lokasi tumpuan kerana berhampiran dengan Lembah Klang.

“Tidak mustahil Dun Sijangkang masih boleh dikekalkan memandangkan pada pilihan raya lepas kita hanya tewas kepada satu kerusi sahaja iaitu di Dun Morib.

“Tetapi, dengan perancangan yang dibuat melalui pelbagai latihan simulasi dan aktiviti turun padang memberi impak kepada dua kawasan tumpuan, iaitu Dun Morib dan Dun Sijangkang sebagai pilihan pimpinan Pas yang bakal menerajui kepimpinan pada PRU nanti,” katanya.

“Sebagai wakil rakyat yang sudah menerajui pimpinan di Dun Sijangkang dan menjadi Exco Selangor, saya yakin pimpinan PR  yang berganti sekalipun mampu menunjukkan prestasi yang baik dan mempertahankan kerusi yang dimenangi," katanya.

Rabu, 6 Februari 2013

Kajian dapati individu 100 tahun didaftar pengundi baru

Bagi kira-kira 160 rakyat Malaysia, mereka belum terlalu tua untuk mencuba sesuatu yang baru, termasuk mendaftar sebagai pengundi selepas menyambut ulang tahun mereka ke-90.

Satu kajian yang dilakukan oleh Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendapati lebih 160 orang yang berumur 90 dan ke atas, termasuk beberapa orang yang berusia 100 tahun, telah mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum lepas.

Dalam siri laporan yang diterbitkan di blognya, Merap berkata terdapat 143 warga emas berusia 90 dan ke atas dan termasuk beberapa orang berusia 100 tahun,  ditambah ke dalam daftar pemilih antara pilihan raya umum 2008 dan suku ketiga 2011.

azlanMenurutnya, Merap mendapati walaupun terdapat usaha
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengeluarkan pemilih yang meninggal dunia, tetapi seolah-olah terdapat satu usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk terus mendaftar mereka yang tidak mungkin masih hidup.

Senarai itu termasuk seorang pengundi wanita berusia 103 tahun yang telah didaftarkan oleh sebuah agensi kerajaan pada tahun 2011.

Bagaimanapun satu semakan bulan lepas mendedahkan nama pengundi ini, Piah Nyat, telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

"Walaupun mungkin pengundi ini telah meninggal dunia sejak pendaftarannya, ia lebih berkemungkinan pengundi ini sudah meninggal dunia pada masa pendaftaran dibuat," kata Merap.

kuala terengganu by election voting day 170109 wahid greeting voterMenurut kajian itu, pengundi baru kedua tertua, berumur 99
ketika mendaftar pada tahun 2010 dan berusia 102 tahun ini, masih menjadi seorang pengundi di Parlimen Bukit Mertajam.

Dua lagi pengundi, yang berusia 98 apabila mereka masing-masing mendaftar pada tahun 2010 dan 2011 dan kini berusia 101 dan 100 tahun, masih menjadi pengundi di kawasan masing-masing, di Kulim Bandar Baharu dan Kuala Terengganu.

Pada suku ketiga dan keempat 2012, terdapat 19 lagi pengundi seumpama itu ditambah kepada daftar pemilih termasuk dua orang yang masing-masing berusia 103 dan 104 tahun, yang didaftarkan pada suku keempat.

azlanSelain pendaftaran baru, kajian itu juga menunjukkan 13
pengundi yang berusia melebihi 90 menukar alamat mengundi mereka dalam dua suku berkenaan.

Menurutnya, walaupun SPR telah mengambil beberapa inisiatif untuk  memadam nama pengundi yang tua atas sebab-sebab  kematian, apa yang tidak dapat disangkal ialah ada pihak-pihak  yang berkepentingan tertentu secara konsisten membekalkan pendaftaran pengundi baru yang sudah tua, kepada SPR.

"Ejen mengundi harus berwaspada dan mengesan pengundi berusia 90 dan 100 tahun yang mengundi untuk kali pertama dalam hidup mereka yang seusia itu," demikian kesimpulan Merap.

Merap diketuai Ong Kian Ming, seorang pensyarah dan penganalisis politik di Universiti UCSI yang menyertai DAP tahun lepas. Organisasi itu berusaha mengenal pasti masalah dalam daftar pemilih dan mencari jalan untuk membetulkannya.

Selasa, 5 Februari 2013

Tanya KDN, bukan Pas

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan pendiriannya bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible bahasa Melayu perlu diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri, bukannya parti itu.

Beliau berkata, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab tersebut.

"Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada KDN, kerana hak membenarkan kalimah ALLAH dalam Bible ini hak KDN.

"Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama  di Konvensyen  Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel), semalam.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas berkenaan ketetapan Majlis Syura Ulama berhubung isu tersebut akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Hadir sama di program tersebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Hadi sebelum ini mengumumkan pendirian Pas bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh mereka yang bukan beragama Islam dibenarkan walaupun ia tidak mencapai maksud sebenar al-Quran.

Beliau dilaporkan berkata, penggunaan kalimah ALLAH itu juga dibenarkan dengan syarat ia tidak disalahguna atau pun bertujuan menghina agama Islam.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang  berkata, Pas hanya diheret ke dalam polemik tersebut, sedangkan kuasa untuk menentukan penggunaannya berada bawah bidang kuasa KDN.

"Mengapa heret kami dalam perbincangan ini?" katanya.

Ahad, 3 Februari 2013

Hamas kunjungi Anwar: Tidak hiraukan Najib, pengiktirafan meningkat PR bakal menang PRU13

Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim menerima kunjungan delegasi terkemuka dari Palestin yang diketuai oleh Walid al Moudi, ahli senior biro politik Hamas dan Ahmad Al-Kurd, bekas menteri hal ehwal sosial Palestin di ibu pejabat parti PKR di Kuala Lumpur.
Anwar, berusia 64 tahun yang dijangka akan mengambil alih kerajaan persekutuan daripada parti Umno-BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang sering dibelenggu skandal, mengutuk Amerika Syarikat dan Israel kerana berterusan dengan agenda politik perpecahan mereka di wilayah itu.
“Semasa saya masih lagi ketua pelajar pada tahun 1973, saya telah mengetuai demonstrasi menentang keduataan AS dan Israel kerana ketidak adilan yang melampau dalam polisi Timur  Tengah mereka. Pada ketika itu, ia merupakan demonstrasi terbesar di bandaraya Kuala Lumpur,” Anwar memberitahu sidang akhbar bersama dengan delegasi Palestin pada hari Jumaat.
“Saya berani berjanji kerajaan PR yang baru akan lebih bertegas dan telus dalam sokongannya terhadap rakyat Palestin, dalam menuntut keadilan dan perjuangan mereka.
Pengiktirafan dunia yang meningkat terhadap  PR dan tidak mempedulikan Najib
Kunjungan Hamas menaikkan kemarahan sesetengah pihak apabila tidak lama sebelum itu, Kesatuan Eropah telah melakukan perkara yang sama. Ini menandakan pengiktirafan kuasa asing akan kemungkinan besar Anwar dan parti Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac dan seterusnya menubuhkan kerajaan persekutuan.
Duta EU Luc Vandebon telah menegaskan bahawa EU tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Anwar dan akan mengiktiraf PR sebagai kerajaan baru asalkan ia telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat Malaysia.
Ia juga ketara apabila delegasi telah memilih untuk mengunjungi ibu pejabat Anwar yang tidak seberapa dahulu, dan bukan membuat kunjungan balas ke atas Najib yang baru melakukan kunjungan ke atas Semenanjung Gaza untuk bertemu perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
"Jika mengikut isyarat diplomasi antarabangsa, anda boleh katakana ini bagaikan tidak menghiraukan Najib,” ketua komiti disiplin PKR," Tan Kee Kwong berkata kepada Malaysia Chronicle.
Bersama Anwar di pertemuan dengan Hamas, presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden PKR, Tian Chua, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah.






Kamu dari kami, dan kami dari kamu
Delegasi Palestin telah diberi taklimat tentang keadaan semasa senario politik di Malaysia dan mempunyai pandangan yang sama tentang perkembangan terbaru di Timur Tengah.
NGO Malaysia, Aqsa Syarif juga telah menyerahkan derma sebanyak US$ 700,000 (RM 2.175 juta) untuk membina semula Masjid Nur Al Hamidi di Gaza, yang telah dimusnahkan pada tahun 2008 semasa pencerobohan Israel.
“Saya berterima kasih kepada pemimpin, Anwar Ibrahim kerana memulakan usaha derma ini. Encik Anwar memang dikenali sebagai penyokong kuat Palestin semenjak tahun 1980-an. Ikram dan Aqsa Syarif juga begitu aktif dalam sokongan untuk perjuangan kami dan menunjukkan keikhlasan dan kemurahan hati rakyat Malaysia. Kita mahu beritahu rakyat Malaysia seperti apa yang mereka nyatakan kepada kami, kamu dari kami dan kami dari kamu,” kata Walid dalam ucapan yang singkat.
John Kerry tidak akan mengubah dasar US-Timur Tengah
Apabila ditanya jika perlantikan John Kerry sebagai Setiausaha AS yang baru menggantikan Hillary Clinton akan mengubah pendirian kuasa besar itu tentang wilayah yang kaya dengan minyak, Walid tidak optimistik.
“Sesiapa sahaja yang menjadi Setiausaha Negara itu yang baru tidak akan mengubah dasar menyokong Israel menentang Palestin. Senjata yang membunuh kanak-kanak Palestin adalah dari AS dan AS memberi senjata-senjata itu kembali selepas 2 kali serangan terhadap Gaza. Sesiapa yang menang dalam pilihanraya di As bergantung kepada siapa yang lebih menyokong Israel dan menyokong agar Israel dalam mempertahankan diri dan menentang Palestin,” Walid tidak berselindung dalam kenyataannya yang pendek.

Putrajaya sekat urusan ambil alih SYABAS, dakwa MB

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kerajaan persekutuan mungkin menyekat usaha kerajaan negeri untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana Putrajaya mempunyai "pegangan emas" dalam syarikat itu.

NONEKhalid (kanan) berkata pentadbiran beliau membincangkan
pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan kerajaan persekutuan kerana Kementerian Kewangan memegang saham emas dalam syarikat tersebut.

"Datuk Peter Chin (Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi) yang  mewakili kerajaan persekutuan mesti menjelaskan dalam suratnya kepada saya bahawa Kementerian Kewangan sedia untuk menjual pegangannya dalam langkah penyusunan semula.

"Jika ini tidak dilakukan, usaha penyusunan semula (oleh kerajaan negeri Selangor) ke atas syarikat konsesi air itu tidak boleh dilaksanakan," katanya.

Menurut menteri besar, kerajaan negeri telah membuat tawaran kepada SYABAS tetapi pihaknya diberitahu oleh mereka bahawa Kementerian Kewangan tidak meluluskan perjanjian itu (kerana ia mempunyai saham emas) di dalamnya.

Khalid diminta mengulas kenyataan Peter Chin minggu lepas bahawa langkah Selangor untuk mengambil alih syarikat bekalan air di negeri ini tidak membabitkan kerajaan persekutuan, tetapi ia harus berunding dengan syarikat-syarikat konsesi.

Menteri besar Selangor berkata tujuan kerajaan negeri mahu untuk menyusun semula bekalan air, ialah bukan untuk menaikkan kadar air tetapi untuk memastikan rakyat tidak akan dibebani oleh kenaikan kos.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang merupakan seorang pakar dalam perjanjian air berkata kerajaan persekutuan mahu mengelak berurusan dengan kerajaan negeri berhubung urusan tersebut.

"Kerajaan negeri mahu menyusun semula, tetapi kerajaan persekutuan tidak mahu melakukannya dan itulah sebabnya mereka menolaknya balik kepada kerajaan negeri.

"SYABAS, Splash dan PUAS sepatutnya berbincang dengan kerajaan persekutuan berhubung langkah penyusunan semula itu," katanya sambil menegaskan bahawa perkara itu telah banyak kali dibangkitkan di parlimen tetapi kerajaan persekutuan sering mengelaknya..

"Ini menunjukkan Peter Chin tidak ikhlas dalam kenyataan beliau," katanya Charles (kiri) sambil berkata seolah-olah kerajaan Persekutuan mempunyai agenda tersendiri.

Najib, Gaza dan PERMATA

Dato Najib macam sudah tahu. Orang akan hentam dia dengan isiu PERMATA. Orang sudah pun hentam dia mengenai lawatan nya ke Gaza. Mahmoud Abbas pun hentam dia. Kalau nak beri sumbangan kepada Hamas, dia boleh wakilkan NGO. Tapi sebab nak mencipta nama, dia masuk ke Tebing Gaza dan mengundang kecaman. Kena lah terima. Bukan  suatu pencapaian yang menggegarkan dunia pun. Hamas pun tahu dasar Najib mengenai Islam. Tapi orang nak beri sumbangan, mereka terima.
Saya dah kata- kalau cawangan UMNO panggil Najib rasmikan pembukaan tandas awam, dia akan pasti datang. Panggil lah. Mujarrab.
Demikian juga dengan isiu peruntukan untuk PERMATA. PERMATA bukan kementerian.  Tidak semena mena Dato Najib menyerang terlebih dahulu. Dia kata pembangkang akan serang projek PERMATA, projek kesayangan kak Ros. Parlimen sudah lulus RM100 juta lagi untuk tahun 2013. Dan PERMATA dapat lagi peruntukan tambahan.
Baiklah, kita lupakan bahawa yang mengetuai PERMATA nama dia Rosmah Mansor. Kita memang pun nak melupakan Kak Ros dan semua pemimpin UMNO. Kalau nama dia Ng Yen Yen pun kita akan soal. Mengapa mintak peruntukan tambahan? Dah dapat RM100 juta tak cukup? Siapa buat bajet kamu? Budak tingkatan 5? Atau murid PERMATA?
Tidak pernah terjadi pun dalam sejarah kita, isteri PM mengetuai suatu pertubuhan dan mendapat peruntukan dari parlimen. Kalau ambil duit, kena berjawab di Parlimen. ini protokol. Kalau begitu beri lah izin kepada semua isteri menteri BN mengujudkan program ala PERMATA dan beri peruntukan. Isteri PM boleh, maka isteri menteri pun mesti dibenarkan.
Dan Najib tidak boleh kata, sebab dia PM dan menteri kewangan, ikut suka dialah siapa dia nak beri. Ini bukan duit peribadi. Apa pun wang yang dikeluarkan dari kumpulan wang yang disatukan dan diperuntukkan kepada sesuatu kegiatan, akan disoal. Tugas parlimen mesti tanya, kemana dan untuk apa duit itu dipakai. Kalau tak boleh tanya, maka baik tidak ada parlimen.
Tetapi, yang Najib nak buat pre-emptive strike kenapa? Ada sesuatu ke yang tak kena? Sebab PM tahu, sang isteri dapat peruntukan parlimen untuk suatu program nya, adalah perlakuan yang unconscionable. Bagaimana MP BN nak mempertahankan langkah tersebut?
Peruntukan untuk sekolah agama rakyat juga RM100 juta. Untuk sekolah jenis kebangsaan cina, Najib beri pada awal nya RM100 juta dan bila Chua Soi Lek hentam agama Islam ketika perhimpunan agung MCA, Najib wasathiyah beri peruntukan tambahan RM30juta. Sekolah agama rakyat menghasilkan kanak2 berjiwa Islam. Kanak2 yang dihasilkan oleh PERMATA buat apa? Menyanyi dan menari, aku anak kampong? Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang hanya mendidik sampai darjah 6 pun dapat RM100 juta, tapi agihan nya hanya Palanivel dan Lord Murugan sahaja yang tahu.
Semenjak 2009, Dato Najib memperuntukan wang yang banyak kepada PERMATA idaman nya ini. Pada tahun 2009, peruntukan nya RM109 juta bagi tujuan menubuhkan pusat jagaan kanak2.  Tentu kita nak tahu- setakat ini berapa jumlah pusat jagaan kanak2 yang telah dibina? Adakah pembinaan nya mengikut tender terbuka atau sama seperti jawapan yang Najib beri- ikut suka saya lah. Atau pun premis2 yang sedia ada diubah suai dan digunakan oleh PERMATA?
Setelah diberi peruntukan RM109 juta, tak sampai setahun, peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta di pohon. Rakyat bertanya untuk apa? Tidak kah cukup peruntukan RM1.2 billion setahun diperuntukkan untuk tujuan yang sama pada tahun 2012? Dari RM1.2 billion ini, habuan PERMATA berapa?
Dan pada tahun 2011 dan 2012, peruntukan untuk PERMATA ini ialah RM110 juta setahun. PERMATA ini suatu kementerian kah? Atau suatu bahagian dari suatu kementerian? Kalau dibawah kementerian, mengapa tidak menteri pelajaran yang memantau operasi nya? Muhyidin menteri tak sepandai Rosmah Mansor ke?
Program ini apa tujuan nya? Hendak melahirkan segolongan kanak2 super pintar? Beberap tahun yang lalu, saya ada mencadangkan kalau hendak lahirkan kanak2 super pintar dari golongan miskin, baik kita kontrakkan program khas ini kepada  encik Anand Kumar( India) yang memulakan program India Super 30. Dalam program tersebut, Anand Kumar memilih 30 orang remaja yang pandai dari golongan bawahan dan menyediakan mereka untuk memasuki Indian Institute of Technology. Syarat kemasukan ke IIT lebih ketat dari hendak masuk MIT di USA. Boleh Kak Ros buat macam ini? Barulah kita boleh tengok sama ada peruntukan RM110 juta itu berbaloi atau tidak?
Kenapa mula dengan kanak2 umur 4 tahun? Berapa banyak kanak2 yang dianggap pintar terutama oleh akhbar arus perdana terkandas bila masuk ke alam dewasa? Kalau setakat menghimpunkan kanak2 dalam klas, beri makan daging dari Meatworks dan susu dari ladang lembu Kak Jat kemudian ajar menari dan menyanyi, kelas Kemas pun boleh buat. Cuba beri RM100 juta ke tadika Kemas, mungkin kita akan dapat hasil yang lebih baik. Kalau hendak lagi afdal, berikan RM100juta itu kepada tadika  PASTI.
Dalam tahun 2012, kita diberitahu bahawa 608 pelajar dari 56 pusat PERMATA akan jadi graduan. Kemana mereka pergi? Masuk sekolah pintar?
Betul Dato Najib cakap- pembangkang akan tanya dan mereka berhak tanya pun. Sebab duit datang dari peruntukan parlimen. Apa sebenar nya agenda PERMATA? Tidak kah kita sudah mempunyai banyak tadika? Mengapa PERMATA menyasarkan kanak2 berumur 4 tahun? Adakah ini kerana Rosmah Mansor buat kaji selidik dan menjumpai bukti saintifik bahawa pada umur 4 tahun ini, adalah usia yang mempunyai potensi untuk melahirkan 100 Einsteins dan 100 Bertrand Russel? Einstein ketika 4 tahun umur nya, belum boleh bercakap pun lagi. Boleh kita cabar Kak Ros, lahirkan seorang pemenang Nobel Prize dari program PERMATA ini supaya boleh kita pertahankan memberi peruntukan yang banyak kepada nya?
Tentu kita tanya. Kalau sejak tahun 2009, Najib telah beri setiap tahun RM120 juta, makna nya sudah RM360 juta diberi. RM 360 juta ini dibelanjakan keatas apa? Membina 56 pusat jagaan kanak2 atau sekolah khas untuk mereka? Berapa kos setiap sekolah? RM 5 juta? Itu akan bermakna sebahagian besar peruntukan ialah untuk membina sekolah khas? Pernah kah operasi sekolah2 ini yang memakai duit rakyat di odit? Kena odit lah sebab duit pembayar cukai.
Tidak masuk akal langsung, perbelanjaan duit milik rakyat dilakukan oleh isteri menteri. Yang berjawatan ialah suami. Yang isteri masuk campur pengurusan negara apahal? Lebih baik presiden UMNO pilih isteri nya jadi winnable candidate.  Putrajaya nampak OK.


Rabu, 30 Januari 2013

AKU KELIRU 28: BETULKAH MALAYSIA KE - 10 PALING MESRA DI DUNIA.



Malaysia merupakan negara yang ke sepuluh "friendliest" dalam dunia, menurut Forbes Online

Saya rasa semua orang tahu makna 'friendliest' tu. Lawannya mungkin boleh saya katakan tidak mesra, kasar, biadap, tidak bertimbang rasa, mementingkan diri sendiri, tidak berdisiplin, dan lain-lain sifat jelik yang seumpamanya. Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana menjadi negara 'friendliest' yang ke sepuluh di dunia. Hebat tu !

Namun saya ada banyak gambar dan cerita yang ingin ditunjukkan tentang sikap orang kita yang sebaliknya seperti di bawah. Ini baru sebahagian.


Motosikal diletakkan sesuka hati di kaki lima tempat orang lalu lalang.


Lihatlah bagaiman kereta Waja itu di parkir !



Saya tak pernah jumpa di negara lain ada arahan atau rayuan sebegini.


Punggah bang .. ini rezeki ! Entri ini berkaitan.


Kutip jangan tak kutip .. tak elok membazir. Entri ini juga berkaitan.


"Top ten rude Malaysian habits" .. entri ini berkaitan.


Lihatlah cara orang kita membuan sampah, meletak kereta dan memberhentikan kereta di garisan kuning. Entri ini juga berkaitan.


Kalau begitu halnya, macamana pula Malaysia boleh berada di tangga ke 10 di kalangan negara-negara yang friendliest di dunia ini. Aku keliru !

Isnin, 28 Januari 2013

TAHUKAH ANDA KITA SEBENARNYA DI TIPU PEMERINTAH


  • Tak di nafikan.. gua membesar di zaman pemerintahan Madey kutty.. zaman membesar. gua antara PENGKAGUM yg fanatik atas pemerintahan Madey kutty.. namu bila umur ...meningkat dewasa.. gua mula berfikir.. gua nampak bahawa Madeylah sebenarnya JEMBALANG berasal dari India yang menyamar mengaku MELAYU.. tak percaya try la cek siapa sebenarnya BAPAK Madey...

    Ok.. salah satu skandal MENJUAL NEGARA bagi mengelak kekalahan BN dalam PRU ialah offer rakyat asing jadi warganegara dengan syarat mengundi BN masa PRU nanti..

    Telah berjuta warga asing di berikan warganegara.. kata beliau.. apa yg dia buat mengikut undang2.. tang mana dia ikot tu x taw lah.. dah dasar PEMBOHONG.. katanya semua yg dpt ic tu pandai ckp melayu.. kepala bana dia lah kononnya pandai ckp melayu..TANYA LAH ORG SABAH.. benarkah org2 ni pandai ckp melayu?

    Jika ikot undang2.. mengapa ajen2 yg telah berjaya angkut masuk ratus ribu org pilipin tu di tangkap masuk ISA bagi menutup mulut mereka? Nampak tak liciknya perencanaan Madey?

    Inilah yg umno takutkan sangat jika BN kalah PRU.. kalah BN dalam PRU maka mereka semua tak terlepas dari hukuman penjara mahupun hukuman gantung sampai mati!! ayuh kita semua hukum mereka yang bersalah!!

Kitab injil bahasa melayu sudah ada sejak beratus tahun di nusantara.

Kat msia...opppppssss silap...kat semenanjung melessia ni je berlaku keadaan mcm ni.....org mempertikaikan perkataan Allah digunakan oleh org bukan islam..kalau kat tmpt lain selain dari semenanjung melessia tak pun...eg kat sabah sarawak indonesia filipina dan sebagainya.....sebenarnya ini dijadikan isu politik oleh umno perkasa yg haramenjadah tu utk memecah belahkan org melayu islam terutamanya, juga org kristian...yg mana tujuan utama adalah nak berikan kepincangan kpd parti pakatan rakyat agar pas, pkr dan dap berpecah....maka senanglah juask2 umno nih mendapat kemenangan pd pru13 nanti.....Agama ISLAM sendiri pun takde melarang org beragama lain gunakan perkataan ALLAH sebagai merujuk kpd tuhan mereka.....malah dalam ISLAM sendiri takde melarang non muslim utk berkata Astaghfirullah..Alhamdulillah dan sebagainya....SELAGI ucapan mereka itu bukan dgn niat utk mempersenda-sendakan Islam,,,hidayah tu datang dari ALLAH,,,mungkin dgn sering mengucapkan kalimah2 yg sering dituturkan oleh org Islam manalah tau pintu hati si non muslim ni boleh terbuka utk menerima NUR Islam itu sendiri......
TAPI tu lah kalau dah nama politik si umno dan perkasa yg gila dan tamak kuasa ni smpi sanggup pergunakan ahli2 ulamak dlm semak utk memutar belitkan fakta2 sebenar dan mmg kerja umno dari zaman tun mahadey lah bermulanya kerjaya menipu rakyat dimana dalam umno ni SAPA YG PANDAI MENIPU RAKYAT MAKA DIALAH YG AKAN DAPAT BNYK DUIT.....
jadi kpd rakyat malaysia semua...jgn lah mudah tertipu...cuba fikirkan dan renungkan demi masadepan diri kita,,anak2,,cucu cicit serta keturunan dan generasi yg akan datang.....