Saudagar permaidani Deepak Jaikishan memohon imuniti daripada
sebarang dakwaan undang-undang sebagai galang ganti untuk mendedahkan
"lebih banyak maklumat berkaitan salah guna kuasa dan rasuah perdana
menteri".
Permohonan itu dibuat Deepak dalam satu surat rasmi
yang diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di
Putrajaya sekitar jam 12 tengahari tadi.
Dalam surat tersebut,
Deepak menyatakan kesediaannya untuk menyalurkan maklumat lanjut
berkenaan salah guna kuasa pemimpin tinggi negara itu kepada mana-mana
pihak berkuasa .
"Saya bersedia bekerjasama dengan mana-mana
agensi penguatkuasa untuk memberikan maklumat lanjut mengenai
penglibatan perdana menteri di dalam penyalahgunaan kuasa yang
melibatkan keluarga beliau dengan syarat saya diberikan perlindungan
daripada sebarang dakwaan jenayah dan diberikan 'certificate of
immunity'," kata Deepak dalam surat itu.
Bercakap kepada Malaysiakini, Deepak berkata surat itu diterima seorang wakil kepada Tan Sri Mohd Gani Patail yang hanya dikenali sebagai Haji Nasaruddin.
Menurutnya,
beliau memberikan masa sehingga 11 Mac depan - yang merupakan tarikh
hari jadinya - untuk Peguam Negara memberi maklum balas kepada
permohonan beliau itu.
Beliau turut ditemani Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sewaktu menyerahkan surat itu.
Deepak
sebelum ini mendakwa menjadi orang tengah dalam akuan bersumpah kedua
penyiasat P Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya.
Beliau turut membuat beberapa lagi dakwaan salahlaku terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, Najib telah menafikan semua dakwaan Deepak dan menyifatkannya sebagai tiada asas dan tidak boleh dipercayai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan