"Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja," begitu kata seorang
ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku
membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan
jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur semalam.
Dalam
kejadian di rumahnya itu pada tengah semalam, wanita itu dilaporkan
telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga
tidak bernyawa.
Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta.
Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.
Seorang
jurucakap polis dipetik oleh portal berita kompas.com sebagai berkata
bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung
halaman di Grobogan, Jawa Tengah Disember lalu.
Setelah
pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya
mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa
Barat.
Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang
diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran
dengan keadaan zakar anaknya itu, kata jurucakap itu.
Selain
motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam
pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah
yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan