Ada maklumat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui
Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik
samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar
kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes
membabitkan Ketua Umum PKR itu.
Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan
Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai
tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya
terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa
dulu.
Tidak kurang juga ada yang beranggapan Musa telah
menemui petunjuk baru dan ada juga yang menghitungkan penarikan balik
saman itu kerana ada undang di sebalik batu.
Musa cuba telah menjelaskan ia adalah atas kerelaan dan bukan bermotif
politik. Tetapi para pemerhati dan penganalisa berpolitik tetap
beranggapan kerelaaan Musa untuk berbaik dengan Anwar itu tetap ada
motifnya. Justeru Anwar diharap agar berwaspada dan tidak mudah tidur
dalam perut Musa.
Berhubung pertemuan Musa dengan Anwar itu, saya difahamkan Musa
dikatakan telah berbincang sesuatu yang agak menarik dengan Anwar dan
dalam pertemuan itu Musa juga telah membuat pengakuan berhubung kes
liwat yang didakwa ke atas Anwar sebagai satu daripada strategi politik.
Khabarnya, Anwar telah meminta Musa membuat kenyataan akhbar tentang
pengakuan itu tetapi Musa enggan. Kenapa enggan? Sekiranya Musa ikhlas
untuk berbaik dengan Anwar dan insaf atas apa-apa kezaliman yang
dilakukan ke atas Anwar sebelum ini Musa tidak perlu malu-malu untuk
membuat penjelasan kepada umum.
Disebabkan pertemuan dan perbincangan itu sudah berlaku, sudah pasti
Anwar ada 'rancangan' ke atas pertemuan itu dan suatu hari beliau akan
jelaskan juga melainkan keduanya ada persefahaman (kontrek) untuk tidak
saling menjelaskan isi pertemuan itu.
Dalam perkembangan lain satu maklumat dari seorang bergelar Datuk yang
ada pertalian dengan seorang Menteri Besar menyebut, ada usaha dipihak
Umno untuk mempertemukan Anwar dengan Mahathir Mohamad. Pertemuan itu
akan berlaku di luar negara. Apakah sikap 'tasamuh' yang ditunjukkan
Musa anak Hassan itu ada kena menegan dengan rancangan ini?
Nota: sekali lagi diingatkan kepada Anwar agar jangan leka dan terlalu
mempercayai kepada sesiapa yang pernah beliau anggap musuh dan
menyusahkan hidupnya sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan