Cari Blog Ini

Isnin, 2 Mei 2011

Kredibiliti Mahkamah Syariah

Salam 1 Malaysia buat semua pembaca yang sudi membaca coretan aku hari ni. Aku sebenarnya tertarik dan tertanya-tanya apakah fungsi dan kredibiliti sesebuah mahkamah di Malaysia terutamanya Mahkamah Syariah. Apa yang saya faham (saya bukan dari background pengamal undang-undang) mahkamah syariah adalah sebuah mahkamah khas untuk umat islam yang dituduh melakukan kesalahan-kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Ini bermakna setiap orang Islam yang didapati melanggar aturan yang telah digariskan oleh Al-Quran bermakna dengan sendirinya telah melanggar ajaran agama Islam itu sendiri. Setiap pelaku kesalahan yang melanggar ajaran islam adalah boleh dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan sepertimana yang telah termaktub. Bermakna sesiapapun yang melanggar ajaran islam hendaklah diadili di dalam mahkamah syariah. tetapi malangnya negara kita yang tercinta, yang kaya dengan adat resam, agama dan perkauman ini ada mempunyai lebih dari satu mahkamah. kita ada mahkamah  syariah dan kita juga ada mahkamah civil. Dan negara kita bukan pengamal hukuman hudud atau hukum berlandaskan Islam.

Berdasarkan prektis semasa, negara kita hanya memperuntukkan mahkamah syariah itu khas untuk mengendalikan urusan berkaitan penceraian umat Islam dan artis-artis melayu. Mahkamah syariah hanya akan kelaur melalui liputan di dada-dada akhbar dan kaca-kaca televesyen sekiranya ada artis kita yang bercerai atau menuntut fasah atau cerai takliq. Kalau ada artis yang berkaca mata besar keluar dari dewan mahkamah baru ada wartawan pergi ke mahkamah syariah tersebut. Selain dari itu HARAMMM langsung tak dengar berita. Macam tak wujud pulak mahkamah syariaah ni di Negara Malaysia yang agama rasminya adalah Islam. Saya tak tahu samada memang negara kita ni kurang akta (menurut agama Islam) atau memamg mahkamah syariah ni tidak berapa diiktiraf. Kalau macam tu untunglah pekerja-pekerja mahkamah syariah, tak perlu banyak kerja. Hanya bertumpu pada kes-kes penceraian sahaja. Di mana para ulamak Malaysia? Kenapa mereka hanya berdiam diri dengan pandangan sepi masyarakat dan pemimpin terhadap mahkamah syariah. Atau mahkamah syariah ni ditubuhkan hanya untuk mengandalikan kes-kes penceraian dan faraid sahaja. Bagaimana dengan kes QAZAF? di mana dia harus ditanggani.. mahkamah syariah atau mahkamah sivil? Kenapa mahkamah syariah tidak mengambil tindakan apabila para ulamak kecoh membincangkan pasal Qazaf. Kenapa tidak ada tindakan???

Dari pemerhatian saya melalui media-media tabloit yang sedikit netural dalam penyampaian berita kepada pembaca (selain dari media arus perdana yang dikontrol oleh kerajaan yang berkuasa sekarang), hampir semua ulamak dan mufti-mufti negeri mahukan kes liwat dikendalikan oleh mahkamah syariah atas ketegori Qazaf. Masyarakat yang bergantung dan taksub kepada media arus perdana (electronic atau cetak) mungkin tidak tahu keperluan tersebut. Sebab dalam media-media arus perdana tidak ada berita berkenaan Qazaf ini dibenarkan dimuat di dalam artical atau segmen mereka. Jadi masyarat Malaysia semua cubalah perbanyakkan sumbar berita untuk menyeimbangkan maklumat yang kita cari. Kalau kita hanya bergantung pada satu sumber sahaja.. kita akan ketinggalan dan kita tidak akan dapat tahu kebenaran yang sebenar.. Saya bukan untuk berkempin tapi apabila anda mempelbagaikan sumber maklumat, barulah anda boleh menbuat pilihan bjak dan betul, siapakah pemimpin yang benar-benar layak untuk diangkat sebagai pemimpin kita. Mudah-mudahan kita dapat mentafsir dan menilai bakal pemimpin kita.

Berbalik kita kepada Qazaf yang telah saya sebut tadi. Rata-rata Mufti negeri-negeri di Malaysia telah bersetuju dan mencadangkan kes Video seks yang hangat sekarang sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah mengikut peraturan Islam kerana pelakunya adalah seorang Islam dan pengadunya juga Islam. Jadi selawaknyalah kes ini dikendalikan oleh sebuah mahkamah Islam yang bermaruah. Sepatutnya kita sebagai seorang Islam bermaruah, kita sepatutnya yang mengangkat islam itu ke satu tahap yang tinggi sehingga disegani oleh orang bukan Islam. Tetapi semua sudah terbalik di mana kita sendiri orang melayu yang mengaku Islam telah meletakkan Islam itu seperti langsung tidak bermaruah dan tidak bermakna selain hanya sebagai sebutan identiti sahaja. Apa tidaknya orang melayu mengaibkan orang melayu. orang melayu mengagungkan dan menayangkan video seks seperti tiada undang-undang yang mengawal penerbitan dan penayangan video lucah. Adakah negara kita sekarang sudah terlalu bebas, sehingga tiada undang-undang yang mengawal selia penerbitan dan penayangnan filem. Kalau macam inilah gayanya saya percaya satu hari nanti pewagam-pewagam kita akan bebas dipenuhi denga tayangan-tayang filem porno. Apa yang negara jaga sekarang hanyalah kalau-kalau ada lanun cetak rompak yang menjual cd-cd tiruan. Yang itu salah tu.. Tapi kalau menayang dan mengedar video lucah itu digalakkan. Sehingga anak-anak kita yang masih bersekolah rendah pun sudah tahu apa itu seks kerana hari-hari menontonya di kaca TV.

Sebagai sebuah negara berdaulat dengan mengangkat Agama rasminya adalah Agama Islam sepatutnya kita menerima mahkamah syariah bebagai sebuah mahkamah yang berdaulat juga. Kita terutamaya pemimpin-pemimpin negara yang bijak sana, seharusnya mendengar pandangan dari para ulamak dan mufti yang telah dilantik. Buat apa lantik mereka sebagai mufti kalau pandangan mereka juga dikontrol dan tidak diambil peduli. Sebagai pemimpin negara Islam contoh anda seharusnya menghormati dan mendengar pandangan ulamak-ulamak bebas juga dan jangan sahaja mendengar nasihat dari penasihat agama atau menteri agama kerana pandangan mereka tidak semestinya jujur. Mereka juga kena jaga periuk nasi mereka sendiri.

Memetik ucapan dari mufti Perlis, bersumpah laknat tidak semestinya perkara tersebut betul atau selesai. Kalau semua orang yang telah melanggar peraturan agama dan mereka bersumpah laknat dalam masjid untuk menafikan kesalahan tersebut maknanya semuanya sudah selesai. Jadi fikir-fikirkan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan