Cari Blog Ini

Selasa, 3 Mei 2011

'Protes nasi lemak' berlangsung depan Utusan

Baru dipecat daripada Utusan Malaysia, Hata Wahari hari ini mengetuai kira-kira 20 pemberita, penyokong dan anggota Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dalam 'protes nasi lemak' terhadap majikannya di Kuala Lumpur hari ini.

hata wahari nasi lemak protest"Jika kita ke gerai-gerai, kita selalu dengar bahawa Utusan cuma bagus untuk bungkus nasi lemak. Ini menggambarkan betapa buruknya berita yang dilaporkannya.

"Kami anjurkan bantahan ini secara aman, secara simbolik," kata Hata yang dalam sidang media selepas acara itu.

"Jika kita ambil tindakan ekstrim dengan membakar akhbar, mereka ada yang tidak pedulikan. Dengan cara ini, kami harap mereka sedar," tambahnya.

Hata berkata, perjuangan media bukan hanya untuk bebas daripada kawalan kerajaan, tetapi supaya industri dan kewartawanan Malaysia berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara seperti di Amerika Syarikat dan Britain.

hata wahari nasi lemak protestKeriuhan di Jalan Chan Sow Lin di Cheras itu bagaimanapun tidak mendapat gangguang daripada pihak keselmatan Utusan dan polis.

Yang kelihatan cuma anggota cawangan khas tidak jauh daripada tempat itu.

Protes itu bermula pada jam 5 petang dan berakhir kira-kira sejam selepas itu. Ia diadakan bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang turut disambut NUJ.

Sumber : Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan