Cari Blog Ini

Sabtu, 26 Mac 2011

Aku Dah Kena

Salam,

Hari nie aku rasa aku nak tulis reality kehidupan sebenar dipersekitaran kita semua. Saya percaya apa yang saya tulis ini nanti pasti ada persamaan sedikit sebanyak dengan gelagat orang-orang sekeliling kita. Tujuan aku menulis nie adalah untuk renongan dan iktibar buat kita semua..

Di pejabat aku ada seorang kerani yang aku sendiri tak tau nak ketegorikan dia nie macamana. Apa yang pasti dia nie dah berumur dan dialah satu-satunya pepempuan yang tinggal di office kami. Masa interview dulu dia kata kat aku dia semua tahu. Apa pun beresss...Sebut saja apa software computer semua dia pandai katanya. Tiada satu ruang pun dalam borang bahagian pengatahuan mengenai computer yang dia tak tanda. maknanya dia tahu menggunakan semua perisian tu. Dari LOTUS 123, D'base hinggalah Microsoft Office. Semua familiar katanya. Kalah aku tu...Tapi hampehhhh.. bila dah kerja MS Word & Excel pun tak tau. Sekejap-sekejap call tanya macamana nak buat itulah..inilah... tapi bila orang dah tolong buat bukan nak tulis apa yang diajar dan cakap pada boss dia yang buat... Ohhh  Sedihhhh, lebih malang lagi buat email pun tak reti.... huhuhu..rasa nak nanggis aku dibuatnya....

Masa tu aku 50/50 samada nak bagi kerja atau tidak. Tapi dia nie pandai sangat bercakap dan pandai merayulah senang cerita. Dia bercerita segala kesusahan yang dihadapi dan merayu untuk mendapatkan kerja. Berjanji lembut gigi dari lidah. Boleh buat semua, apa saja. Maklumlah sebelum nie pengalaman sebagai CS di salah sebuah gudang sejuk beku.

Akupun memberanikan diri dengan mengambil risiko mencadangkan dan meyakinkan syarikat untuk ambil dia bekerja. Untuk rekod inilah kali pertama syarikat aku mengambil orang yang dah berumur dijadikan seorang kerani. Aku kata pada pihak management "kita cuba pulak orang yang berumur. Orang yang berumur nie banyak dia punya commitment so mungkin dia boleh tahan. Kalau kita ambil budak-budak muda seperti sebelum nie, semua tak boleh bertahan lama. Sebulan dua dah cabut". Akhirnya kami semua sebulat suara menawarkan pekerjaan kepadanya...

Nak dijadikan cerita, hari pertama dia masuk kerja dia dah buat taik. Dia dah tipu aku. Dia kata dia kemalangan masa keluar lunch. Motor hancur jadi 8, dilanggar bas sekolah. Petang dah tak boleh masuk sebab kecederaan agak parah. Ialah serius accidentlah katakan pasti cedera terokkan. Tapi apa yang berlaku sebenarnya rupanya dia pergi meninjau-ninjau kilang berhampiran kami untuk mencari kerja. Katanya gaji kami murah sangat. Tak cukup untuk dia menyara keluarga katanya. Mulai dari itu kepercayaan aku mulai hilang dan aku mulai tidak lagi kesihan dengan dia. Dia cukup pandai  membodek semua boss dan tidak akan dengar cakap org lain termasuk aku. Apa yang aku suruh buat semua dia buat tak tau sehinggalah dirahkan oleh GM barulah dia ikut arahan aku.

Dulu kalau dia cuti atau MC pasti akan call atau sms aku bagi tau ketidak hadirannya. Sekarang kalau dia ponteng dia hanya akan bagi tau GM atau OM saja. Yang herannya semua staff termasuk GM & OM sendiripun akan bagitahu aku kalau mereka cuti. Bayangkan siapa lagi besar, dia ke boss....

Sekarang nie kecoh pula bila budak baru Acc. dapat tangkap kesilapan-kesilapan dia dan highlightkan masalah tersebut pada Executive Director (ED), dia cakap itu semua aku punya rancangan untuk buang dia. Dia kata aku tak pernah sokong dan tolong dia, sedangkan dia hanya satu-satunya perempuan melayu yang ada di office kami. Apa yang aku buat hanya cari kesalahan dan kesilapan dia... Allah huaAlam.. Sekarang baru dia sedar, kalau aku tak nak tolong dia dari dulu lagi macamana. Tapi tolong dia nie macam menolong melepaskan anging tersepit. Lepas kita tolong... kita pulak digigitnya...

Aku tidak akan tersilap langkah untuk kali kedua lagi. Aku dah salah tafsir masa mula-mula dia datang interview dulu. Aku tidak akan lagi tolong dia lagi untuk kali ini..Aku dah serik....tolong orang yang tidak tahu mengenang budi dan hanya menyusahkan orang lain saja...

PENGAJARAN : Jangan mudah percaya atau simpati pada orang yang belum kita kenali hati budinya... Aku Dah Kena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan