Cari Blog Ini

Sabtu, 16 April 2011

Keputusan awal: PR Mendahului BN

Pengiraan undi telah bermula di pusat-pusat undi tertentu yang telah ditutup. Berikut keputusan tidak rasmi:




LAPORAN LANGSUNG

12.30pm:Ketua PKR Sarawak Baru Bian menghadapi saingan sengit daripada sepupunya Willie Liau di Ba'Kelalan, sebuah kawasan bukit bukau yang bersempadankan Kalimantan di Indonesia.

Ba'Kelalan adalah kerusi paling kecil di Sarawak dengan jumlah pengundi hanya 6,958 orang.

Undi sedang dikira. Setakat ini, keputusan tidak rasmi:
PKR - 245 undi
BN - 223 undi

12.49am: Keputusan tidak rasmi lain dari ibu pejabat PKR:

Kakus
PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin
PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kerusi itu mempunyai majoriti pengundi Iban.

12.54am: PKR mendakwa mereka mendahului di pengiraan awal di Layar dan Meluan.

Namun di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi daripada enam pusat undi yang telah dikira. Ini hanay 10 peratus daripada jumlah pengundi.

Saribas dikatakan antara kerusi yang PKR mempunyai peluang cerah untuk menang. Pada pilihan raya lalu BN hanya menang dengan 94 undi.

1.30pm: Menurut BN, PBB mendahului calon PAS di Beting Maro 288 - 144.

1.50pm: Menurut PKR, keputusan agak sengit di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR Baru Bian mendahului:

PKR - 596
BN - 525

1.55pm: Di Saribas, BN mendahului dengan 594 undi daripada 1,400 yang dikira.

2.10pm: Menurut sumber BN, PBB juga mendahului di Bukit Saban:

PBB - 89, PKR - 1, Bebas - 0

3.20pm: Setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di Tanjung Datu, Sebuyau, Sadong Jaya, Saribas dan Beting Maro.


Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan DAP - PKR - PAS pula sedang mengatasi lawan mereka di Krian, Ba'kelalan, Kakus, Tamin, Jepak, Tebedu, Tarat, Meluan dan Bawang Asan.

3.15pm: Sumber DAP pula mendakwa di Bawang Asan, parti itu sedang mendahului 99 undi berbanding 68 yang diperolehi oleh Supp.

3.05pm: Saribas - dilaporkan BN sedang mendahului dengan 872 undi daripada 2000 undi yang telah dikira.

3.00pm: Menurut sumber PAS, keputusan terkini adalah seperti berikut:
N 22 Sebuyau
PAS - 612 undi
BN - 1,409 undi
Bebas - 37 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 127 undi
BN - 636 undi
Bebas - 11 undi

2.46pm:Sumber Pakatan mendakwa ketua PKR Sarawak Baru Bian berjaya merampas Ba'kelalan. Mereka dikatakan sedang mendahului dengan 200 undi manakala beberapa kotak undi yang semuanya di kubu kuat PKR belum dikira.

Semua pusat undi telah ditutup pada jam 1 petang tadi.

2.41pm: Sumber BN mendakwa Semop berjaya dipertahankan parti itu.

Keputusan tidak rasmi:

BN - 8891
PKR - 3546
Bebas - 538
Majoriti - 3008

2.30pm: Di semua kerusi yang ditandingi PAS, pengiraan awal menunjukkan calon-calon BN terus mendahului. Berikut keputusan tidak rasmi:
Tanjung Datu
PAS - 111
BN - 568
Bebas - 11

Sebuyau
PAS - 249
BN - 691
Bebas - 13

Saadong Jaya
PAS - 48
BN 306
Bebas - 27
Beting Maro
PAS - 144
BN - 223
Bebas - 2
Satu lagi kerusi yang ditandingi oleh PAS, Muara Tuang belum ada lagi keputusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan