Cari Blog Ini

Selasa, 29 Mei 2012

Masa untuk mengungkit


Hari ini rasa muak, mual dan bermacam rasa yang meloyakan timbul bila menonton siaran berita yg disiarkan oleh TV pro pemerintah yang sungguh baik hati dan prihatin dengan rakyat jajahannya. sesuai dengan slogan yang dilaung-laungkan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"...Setiap hari kita pasti akan dihidangkan iklan mengungkit segala pemberian yang dihulurkan kepada rakyat-rakyat yang lena dengan kegembiraan setelah disogok dengan sedikit wang. Setiap hari iklan ungkitan ini akan diulang-ulang siar dalam slot warta beria atau kini lebih dikenali dengan Buletin sebagai satu alat untuk memperingatkan rakyat jelata yang telah termakan budi mengundi kerajaan sekarang.

Tidak cukup dengan itu... setiap hari dalam slot berita juga pasti ada satu isu baru yang dilaung-laungkan  oleh kuncu-kuncu kerajaan (kebanyakannya adalah bekas-bekas musuh kerajaan yang berpaling tadah) menyatakan kononnya ada satu rahsia yang besar hendak dibongkar... persoalannya kenapa takut sangat dengan pihak yang lagi satu tu... kenapa tak berserah saja pada rakyat untuk menilai dan memilih siapa yang mereka fikirkan layak menjadi pemimpin mereka... kenapa perlu takut kalau diri sendiri merasakan tidak ada apa-apa kelemahan dan kekurangan yang dilakukan selama tempoh memerintah. .. Kenapa takut kalau tidak pernah melakukan KESILAPAN? ..Kenapa harus takut kalau tidak pernah MEMBOHONGI rakyat.. Kenapa takut kalau tidak pernah MENIPU RAKYAT?.. Kenapa takut kalau tidak pernah MEMPERBODOHKAN rakyat?... Jangan takut.. pegang pepatah "BERANI KERANA BENAR.... TAKUT KERANA SALAH"

Mungkin disebabkan oleh kerana pernah melakukan perkara-perkara tersebut.. maka dengan itulah timbulnya perasaan sedikit takut dan kelam-kabut.. Maka tak ada jalan lain... rakyat digula-gulakan... umpan rakyat dengan duit.. tak apa berhabis-habisan janji rakyat percaya dan terpengaruh..akulah pemimpin terbaik... akullah pemimpin pemurah yang mementingkan rakyat... bagi... bagi sehabisnya...habis tak apa.. kita cari lagi.. kita pinjam lagi... LHDN, KWSP ada untuk cover... oh.. tolonglah... rakyat dah bagi kamu peluang memerintah.. bagilah mereka peluang untuk menilai khidmat yang kamu berikan... kalau tadak ada rakyat menyokong kamu.. kamu pun tak kan jadi apa-apa...

Fikirkanlah......