Cari Blog Ini

Rabu, 10 Oktober 2012

BR1M Ohh.. BR1M...

Beruntung sungguh rasanya rakyat Malaysia ni... Dulu warga emas, ibu dan bapa tunggal dapat habuan.. sekarang.. anak-anak muda bujang pulak bakal menerima habuan BR1M.

Tapi apa cerita bagi golongan pertenggahan macam aku nie.... Warga emas pun tidak..  anak muda bujang pun tidak... kaya tidak.. susah pun tidak.. cukup2 makan je... Tiap bulan ada gaji sikit.. dipotong.. masuk dalam Tabung LHDN... Padahal kalau dikira-kira samalah jugak.. tak berapa nak cukup... terpaksa berbelanja berhemah untuk menyampaikan akhir bulan.. kalau tidak anak-anak nak makan apa..?

Kalau duduk kampung tu bolehlah jugak petik pucuk ubi, pucuk paku.. pancing ikan untuk dibuat lauk makan.. tapi bagi mereka yang bergantung sepenuhnya dengan gaji sebulan sekali nie terpaksalah berdikit-dikit dan berhati-hati membelanjakan rezeki yang sedikit.. nak hidup.. terpaksalah beringat..

Berbalik pada projek dan keprihatinan kerajaan Malaysia yang amat pemurah...Derma sana, bantu sini.. hulur sana.. bagi sini... Maklumlah Janji Ditepati.. Rakyat Dihulukan Pencapaian masih menjadi ?. Tapi sekali ni dengarnya penilaian dan tapisan akan dilakukan dengan lebih teliti dan ketat. Takut nanti ada orang yang tak berapa nak layak pun dapat juga habuan BR1M yang diagihkan. BAGUS TU...Tapi persoalannya dari segi apakah penilaian tersebut.. adakah dari dasar parti yang dipangkah atau dari segi pendapatan...? Di sini ada kemuskilan...

Sampai bila agak-agaknya rakyat Malaysia nie dapat habuan manis macam nie... Kalau bagi tiap-tiap bulan kan lagi bagus.. Akupun tak mau pergi kerja lagi.. duduk rumah tunggu brommm orang hantar batuan BR1M. Takut-takut kemanisan nie hanya seketika sahaja.. Hanya sebagai pemanis sebelum pilihanraya saja...

Fikir....fikirkan....


Selasa, 9 Oktober 2012

Tak puashati layanan, lelaki pecah cermin kaunter hospital

Seorang lelaki dilaporkan mengamuk dengan memecah cermin kaunter pendaftaran Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh hari ini kerana tidak puas hati dengan layanan seorang petugas.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan marah apabila petugas kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM150 bagi membiayai rawatan isterinya daripada jumlah keseluruhan RM800.
  
"Lelaki berkenaan membawa isterinya, seorang warga Indonesia, menjalani rawatan di hospital tersebut dan disebabkan terpaksa menerima rawatan lanjut, dia perlu membayar jumlah kesemuanya RM800", katanya Anuar.
  
Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas hospital berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, katanya.

Ketika kejadian petugas terbabit melarikan diri bimbang dicederakan.


Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan....?